Tentang Kami dan Layanan
Care N Guide merupakan Agen Medikal di Bandara Kuching yang
menyediakan kemudahan Kamar Penginapan dengan nuansa yang selesa dan bersih
kepada Warga Indonesia, khasnya kepada mereka yang datang untuk menerima rawatan
medikal (rawat jalan, rawat Inap mahupun Medikal Check-up rutin tahunan).
Kemudahan di tempat penginapan ini adalah bertemakan “Homestay” ataupun ala
“Inap di Rumah sendiri” yang menyediakan kemudahan asas seperti di rumah
sendiri.(contoh: kemudahan dapur untuk masak air dan makanan ringan, air
mandian panas, kamar AC, wifi, mesin basuh, kulkas, tv dan lain-lain lagi)
Disamping kemudahan Kamar Inap, Care N Guide juga berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat kedatangan kalian ke
Jika sempat dan ada masa serta keadaan kesihatan yang
mengizinkan, Care N Guide juga ada memberi layanan peribadi ke pusat-pusat
tarikan pelancongan di kawasan Bandaraya Kuching dan juga luar Bandaraya
Kuching dengan tarif minimum yang berpatutan. (Tempat-tempat lawatan seperti:
Bangunan Civic Center, China Town-Tugu Kucing-kuchin, Muzium Kucing, Pantai
Damai, Taman Sahabat dan Pusat Shopping yang popular) Pusat tarikan pelancongan
luar Bandaraya Kuching juga ada di sediakan. (lawatan satu hari luar bandaraya
Kuching)
Paket pelancongan Kuching
Paket pelancongan Kuching
Paket Santai-santai 1hari di sekitar Kuching
(dari jam 9
pagi~5 petang)
Lokasi-lokasi
tarikan pelancongan paket ini termasuk:
- Dewan Suarah
(Civic Center)
– Muzium Sejarah
– Muzium Kucing
– China Town
(Tugu Patung Kucing1&2)
– Lebuh India (India Street )
– Taman Bunga Orkid (Anggerik)
–
Warung Kek Lapis Sarawak
– Sampan Tambang Sungai Sarawak
– Taman
Sahabat
– Pantai Damai
– Aktivitas Shopping (Boulevard/Spring)
Aktivitas:
Lawatan lokasi-lokasi pelancongan di atas merupakan
aktivitas perjalanan bersantai-santai
saja, sambil berlibur kita dapat menikmati kelazatan makanan-makanan tempatan Sarawak . Disamping itu, lawatan ini amat sesuai bagi
mereka yang berminat
mengambil foto-foto di sekitar Bandarraya Kuching untuk di jadikan kenangan manis
ketika berada di Kuching-Sarawak dan perasaan yang teristimewa sekali ialah,
segala khazanah bumi Kepulauan Borneo ini ada warisan kita semua.
Acara akan
berakhir sekitar jam 4.15 petang, dan menuju pulang ke Kuching.| Damai beach |
![]() |
| Dewan bandaraya Kuching utara dan Cat Museum |
| India Street dan China town Tugu patong kucing |
| Museum Kuching dan Civic Centre |
| Sampan cruise dan Taman Orkid |
![]() |
| Shopping mall Spring dan Boulevard |
| Taman Sahabat |
Paket lawatan setengah hari ke Taman Buaya Jong (Zoo Mini), Pusat
Orang Utan Semenggok dan Aktivitas
Shopping di Pekan Batu 17 dan Batu 10 Padawan.
(dari jam 9 pagi~5
petang)
Aktivitas:
Bertolak terus ke Pusat Orang Utan untuk berkesempatan melihat Orang Utan bersarapan
pagi sekitar jam 9 pagi, bergantung pada cuaca dan musim buah ketika itu,
bilangan orang utan yang keluar setiap hari adalah berbeda. Kita akan bersarapan pagi di
pekan Batu 10 dan sesudah itu, bertolak ke Taman Buaya Jong di Batu 17, aktivitas
bebas dan berfoto-foto di taman buaya / zoo mini di sana . Kunjungan kita akan berakhir
di shopping mall di Pekan Batu 17 mahupun di Pekan Batu 10 dan langsung pulang ke
Kuching selepas shopping. Acara akan berakhir sekitar jam 4.15 petang, dan menuju
pulang ke Kuching.
| Jong's Crocodile Farm |
| Oran Utan Semenggoh |
Paket 1hari Pekan Bau dan Gua-gua
(dari 9 pagi ~ 5 petang)
Aktivitas:
Santai-santai dan bersarapan pagi di pekan Bau, bertolak ke Gua Peri-peri dan Gua Angin yang
menarik dengan corak batu-batu yang terhakisan oleh gerakan air dan angin dalam
gua tersebut. Kita akan bersinggah sebentar di Tasik Biru (bekas lombong emas
terkenal) sambil ambil foto di tebing tasik tersebut. Acara akan berakhir sekitar jam 4.00
petang, dan menuju pulang ke Kuching.
| Gua Pari Pari / Fairy Cave |
| Gua Angin / Wind cave |



0 comments:
Post a Comment